sweet owner ![]() Bigfoots! ![]() Credits!
| Says : Happy Fasting Day ツ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ,السلام عليكم
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
alhamdulillah. bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat lagi kite bertemu di bulan yang mulia ini. subhanallah. ini la saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di serata dunia. kerana amalan mulia yang dilakukan akan dibalas dengan berlipat kali ganda dan semua pintu syurga terbuka luas manakala pintu neraka tertutup dengan rapat. ahli kubur pun di bebaskan dari seksa kubur. hmmm. tetiba .......
maya rindukan abah. tahun ni , 2013 tahun kali ke-4 maya berpuasa tanpa abah. abah maya telah pergi meninggalkan maya buat selama-lamanya pada 29 Januari 2010. terasa seperti sekejap sahaja dapat bersama dengan abah. terkadang maya cemburu dengan kengkawan yang masih ada ayah sebab berpeluang dapat berbuka puasa bersama-sama. maya selalu doakan abah selepas solat. semoga roh nya dicucuri rahmat. Ya Allah , kau ampuni la dosa hamba , dosa kedua ibu bapa hamba , dosa ahli keluarga hamba , dosa guru-guru hamba , dosa sahabat-sahabat hamba , dosa jiran-jiran hamba serta dosa muslimin dan muslimat di dunia ini sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggalkan dunia. amiin. Ya Allah , sampaikan la salam rindu hamba pada ayahanda hamba semoga rinduku sentiasa bersamanya. semoga ramadhan kali ini diserikan dengan amal ibadah seperti zikrullah , membaca al-Quran serta solat sunat tarawikh agar dapat kita menemui malam lailatul qadar. amiin. selamat menjalani bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jumpe di lain hari guys.
That's all !
|
0 Comments:
Post a Comment